06 March 2011

Manusia ni tak pernah nak bersyukur

Assalamualaikum dan Salam sejahtera >.< ~eis~

Macam mana nak mula ni ah..ok..Ceritera tercetusnya idea untuk entry kali ini adalah berasal daripada root word 'sidai'. Ha, korang tau tak apa maksud sidai tu? Kalau kat tempat saya, kitorang panggil jemur..haha..Sama la tu, sidai dan jemur..Daripada root, beralih lah ke dahan, cabangan dahan, ranting, daun, bunga dan buah..Begitulah juga entry ini..Merapu je lebih aku ni..adoi  -__-''

Ok ok..Back to basic. Sidai aka jemur pakaian. Tengah jemur pakaian pagi tadi, ntah tetiba fikiran ku melayang terbang tentang ''manusia ni tak pernah nak bersyukur tentang apa-apa je lah''..Setuju tak statement ni? Baek korang ngaku, kalau tak esok hari tak makan kfc la korang jawabnya...ha ha ha ha ha..
P/s: Bagi sesiapa yg mengaku tu, takde jaminan dari sy yg korang akan makan kfc esok hari..kui3

La~~ merapu lagi..korang la ni..adoi -__-''

Ok ok. Kembali ke pangkal jalan. Bila terfikir je pasal kes syukur kali ni, sy teringat pasal sorg
girl ni masa dia remaja. Umo kurang lebih 14 15 camtu..Pasal apa? sebab kan, dia ni ada masalah kulit muka. Jerawat batu karang, kah kah kah. Skati je bagi nama baru. ok ok. Muka dia ada jerawat la. So, keyakinan level dia kureng la, dah muka dia tak lawa macam girl2 laen, ya tidak? Dia kata, penyebab utama adalah mungkin faktor dia kuat belajar, tension la kat situ, tdo lewat daripada sepatutnya and faktor2 laen seperti hormon and genetik tu normal la kan..ala, umo nak meningkat remaja. Biasa la beb..

Pressure tu siapa kata takde. Memang high level tahap dewa cipan punye pressure. Cipan! Aku pinjam nama kau jap! hehe Punca --> Kulit muka bermasalah. Kadang2 terlintas di fikiran, KENAPA LA AKU ADA JERAWAT, KENAPA LA MUKA AKU TAK CANTIK, katakan kenapa, kau buat malam ku sukar untuk tidur menanti esok tiba. Ya itu tadi nyanyian dari eis lagu Kenapa Daus AF8. Merapu lagi -__-''

Maka, wujud la pemikiran sebegini. 
''Jelesnya aku dengan muka girl tu, dah la putih melepak, cantik, takde jerawat. Kan bagus kalau aku ada kulit muka camtu. Kenapalah aku ada masalah ni. Argh, tension nya. Kalau lah aku ada kulit muka macam dia, tak la aku macam ni, Nak berdepan dengan orang bukan maen malu lagi. Mana nak carik pakwe ni. Cousin2 kat kampung semua tegur. Apa ingat aku ni hati besi ke tak kecil ati dengan omongan korang. Ya, mimik muka aku mmg la sempoi. Leklu je all the time.Ya, aku akui aku sepatutnya dapat AWARD OSCAR pasal terer bab berlakon ni kan kan kan.'' 
Kurang lebih macam tu la pemikiran dia. Maka, disini kita nampak tuan tuan dan puan puan, budak ni tak bersyukur dengan apa yang dia ada masa tu. Tau la, secara logiknya, mana nak bersyukur dapat muka jerawat jerawat camtu, kan kan kan? Tapi, cuba kita tukar cket pemikiran dan ayat tadi kepada begini.

''Jeles jugak tengok muka girl tu, dah la putih melepak, cantik, takde jerawat lak tu. Bagus jugak kalau aku ada kulit muka camtu. Tapi, syukurlah aku ada muka camni, Kalau tak, aku tak tau camne rasanya menjadi seseorang yang ada masalah muka, macam mana perasaannya apabila orang look down atau tegur pasal muka aku ni. Kalau aku muka licin, mesti aku pun macam cousin2 aku tu dok tanya orang sukati je, tak pandai nak jaga hati orang. Syukur sebab masalah aku tak lah seteruk mana berbanding masalah muka orang laen, ada yang lebih terok. Cuba tengok si ####, si ###. Dorang lagi terok. So, sepatutnya aku bersyukur. Apa la sangat dengan muka jerawat ni. Kalau aku bertahan dan bersabar cket lagi, ok la tu. Tuhan nak uji ni. Astagfirullahalazim. Sesungguhnya aku memang tidak bersyukur dahulu. dan kini aku sedar''
P/s: Amaran keras, bukan bererti yang muka licin kat luar sana tu pun berperangai seperti omongan di atas.
      Ini kisah benar dan kebetulan berlaku. Jangan terasa or kecik hati ye...Tidak berniat pun..Peace ^-^

Gambar perhiasan. Lucu kan?

Ok. Itulah tadi al-kisahnya. Ya, saya tahu. Ini perkara kecik je. Ya, sebab perkara kecik2 ni la nanti akan jadi besar. Macam api, kecil menjadi kawan, besar menjadi lawan. Erk, ada kaitan ke? Rasanya, yg ni lebih sesuai, sedikit2 lama2 jadi bukit, kecil2 lama2 jadi besar. Tapi, peribahasa ni mcm +ve, so rasanya yg 1st tadi tu -ve cket bunyi dan lebih sesuai dengan situasi kita ni. Ke yg 2nd? Korang decide. Ok. Bila dah benda kecik camni kita dah tak pandai nak bersyukur, macam mana kita nak handle benda besar lagi?

Ya, mungkin ada yang dapat, tapi kita seharusnya memupuk sifat bersyukur daripada kita umo kecik, dan juga daripada benda2 dan perkara2 yang kecik. Sume start dgn benda kecik. Takkan nak tunggu dugaan besar, baru nak belajar erti bersyukur? Macam korang giler kaya tetiba jatuh miskin. Pahtu baru nak menyesal dan bersyukur dengan apa yang ada. Before tu, bukan maen membazir dan tak bersyukur dengan nikmat tuhan bagi. Kan rugi je kan kalau nak tunggu benda besar happen baru nak apply konsep bersyukur tu. Betul tak? Better korang angguk2, kalau tak malam ni korang mimpi kena kejar EIS..haha

Banyak lagi contoh2 bersyukur yang dapat jadi pedoman. Contoh laen, pabila kita tengah cuti sekolah ke cuti semester ke, mula lah mulut2 cakap :
'' Boringlah. Takde apa nak buat cuti ni. Kan best sekolah/kelas. Dapat jumpa kengkawan, story2, gosip2, cuci mata tengok girl boy ke etc. Cepatlah masa berlalu, cepatlah. Nak g skolah/ kelas ni "
Pahtu, bukak je sekolah/semester
''Wah, bestnya..Dapat jumpa korang. Boring nya cuti, kan kan kan? Tak dapat nak story2, tak dapat nak gosip2, tak dapat nak usha2 awek/mamat.''
Pahtu, semasa tengah2 musim persekolahan/semester
''Adoi, busy nya. Tension. Banyak homework/assignment. Ada kelab lagi petang2. Tak tahannya! Kan best cuti. Tak sabarnya nak cuti. Cepatlah cuti datang''
TENGOK..SEE..adakah anda sedar apa yang saya cuba sampaikan di sini? Ya, ini memang nampak remeh dan kecil. Sesungguhnya, manusia ini memang tak pernah nak bersyukur. Tak pandai nak bersyukur. Dalam situasi  tadi, saya sarankan, anda harus fokus dan berusaha untuk masa yang tengah berlaku. Hargailah setiap detik setiap masa anda. Bersyukurlah. 

Ya, memang bagus pandang ke hadapan, dalam situasi ini iaitu nak skolah bukak cepat dan nak cuti cepat, tapi tak sesuai dengan konsep tak bersyukur dengan present kerana nak pandang ke hadapan. Betul betul betul ,kata Ipin. Ke upin? Kalau tengah cuti tu, enjoy lah masa2 cuti tu. Jangan lak nak mintak cepat. Kalau dah tengah tak cuti tu, enjoy jugak la. Kalau tak enjoy,maka tak happy. Bila tak happy, mana nak awet muda.
P/s : Rahsia awet muda saya, happy dalam sume benda yang anda buat. Jangan pernah nak mengeluh tentang sesuatu. So, now tak jadi rahsia lagi ^-^

Panjang jugak coretan entry kali ini. Ye lah, bila dah ada idea tu, camni lah..Melimpah limpah je. So, grab it fast! Bersyukur dengan idea yang datang ni sbb topik hari ini :: BERSYUKUR :: So, dah ngam sangat dgn topik hari ni kan. Tapi, jangan arini je bersyukur, amal2 kan ya. Sesungguhnya Tuhan suka pada mereka yang bersyukur akan nikmat nya. 

Dapat pengajaran tak hari ni? Got it?

Yep, u got it!

12 comments:

Tulip_Biru (Seindah Iman Mawar Berduri) said...

best!

Unknown said...

makasih irsyad!! glad sbb awak suka..=)

Unknown said...

best2!!..
peringatan yg baik,bsyukur :)

Nasz said...

betul tu..betul sangat..

Unknown said...

setuju..itulah namanya manusia

Unknown said...

@Warna Warni Kehidupan

warnawarni kehidupan...yep..itulah kita, manusia..tp,tak salah kalau kita berubah..mjadi manusia yg lebih baek dr sblum ni..=)

Unknown said...

@NasZ

btol tu nasz..sm2 kita renung2 kan

syazee said...

manusia...manusia...(:

Unknown said...

@syazee

ye ye..manusia..kita2 la tu manusia kan..

Raji and Yeen said...

owhh btol sgt nih ;D
yg berbezanya ialah cara kita handle masalah jer..
kalau kita pressure diri kte and tak bersyukur dgn segala ujianNya.. maka kita akan rasa lgi pressure~

Unknown said...

@Raji berkata

btol tu raji..raju dan rajoo =D

ea'mie said...

btl sgt2....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...