02 March 2011

AYAH..

As-salam >.< ~east~

Salam satu malaysia..(chewah , tetiba lak camni)..entry hari ini pasal ayah, dad, bapa, daddy, abi, apak, lopo..oopps..salah2, bukan lopo ye..hehe..okey, dah dah la merapu..kita start now. ready, action!

Ayah sayang kamu *kiss*
Biasanya, seorg anak ppuan akan merindui emaknya..yg kat rumah dok sama dgn mak mungkin tak merasa la, tp ni untuk anak ppuan yang bkerja/belajar/ atau ikut suami yg berada jauh dr keluarga, mereka mesti rindu akan ibunya, emaknya, mummy nya..lalu bagaimana dgn ayah? 

mungkin sebab



 ibu yg selalu telefon dan bertanya khabar akan anaknya hampir setiap hari, tapi tahukah anda semua bahawa ayah lah yg mengingatkan ibu utk menelefon kamu.

Ayah dan anak bermesra

Ibu lah yang selalu menemani kamu dan bercerita dongeng kepada kamu, Ibulah yg selalu meluangkan masa bersama kamu ketika kamu kecil dahulu..namun, tahukah kamu, sekembalinya ayah dr kerja dgn wajah yg letih , ayah akan bertanyakan pasal kamu dan apa kamu lakukan seharian..

Ingatkah kamu, ketika kamu masih seorg anak perempuan kecil, ayah biasanya akan mgajar mu naik basikal dan..apabila ayah telah menganggap dirimu sudah boleh menunggang, ayah akan melepaskan roda bantuan dari basikal itu..si ibu akan berkata ''jgn dulu ayahnya, jgn ditanggalkan dulu roda itu'' kerana ibu bimbang puterinya kan jatuh dan terluka..namun, sedarkah anda bahawa ayahlah dgn YAKIN akan membiarkan kamu, menatap kamu mengayuh basikal dan penih kasih kerana dia tahu bahawa puteri nya PASTI mampu melakukannya..

Si puteri bermain basikal 

Ketika anda menangis meminta alat permainan baru, ibu pasti menatap wajah mu dgn hiba, tetapi ayah dgn tegasnya berkata '' boleh, tp kita beli nanti ye..bukan sekarang''. sedarkah kamu, ayah melakukan sedemikian rupa kerana dia tidak mahu kamu menjadi anak yang manja dgn semua permintaan kamu dituruti..

Ayah dan puteri kecilnya "jom kita main laut je, xyah beli permainan tu''

Pada masa kamu sakit pula, ayah la selalu risau hingga kadang kala seperti marah berkata ''kan ayah dah bagitau, jangan minum air sejuk!'' Lain pula dgn ibu, ibu akan menasihati dgn lembut. Sedarilah, saat itu ayah benar2 risau akan kamu..

Pabila sudah mulai muda remaja, kamu mula meminta izin drpd ayah untuk keluar malam. namun, ayah dgn tegas berkata ''tidak boleh!''..Sedarilah dan ketahuilah, bahawa ayah berbuat demikian kerana untuk menjagamu, Kerana baginya, kamu adalah sesuatu yg sangat luar biasa, sgt berharga. Setelah itu, kamu dgn marahnya hentak kaki dan masuk ke bilik sambil mhempas pintu. Dan, yg datang mengetuk pintu dan memujukmu agar tidak marah adalah ayah. Tahukah kamu, pada saat itu, ayah memejamkan matanya sambil menahan gelora dalam batinnya, bahawa ayah sangat ingin mengikuti keinginanmu tetapi dia harus menjagamu.

Ayah akan menjagamu dari ditembak! Biar ayah mati

Saat seorang teman lelaki mula menelefonmu atau datang ke rumah untuk menemuimu, ayah akan membuat wajah paling cool sekali di dunia, dan ayah sesekali mencuri dengar dan mengintip saat kamu sedang berbual berdua di ruang tamu. Sedarkah kamu, sebenarnya ayah merasa cemburu.

Pabila kamu mulai dipercayai, dan ayah melonggarkan peraturan untuk keluar rumah untukmu, kamu akan memaksa untuk melanggar jam malamnya. Maka, ayah akan duduk di ruang tamu dan menunggu mu pulang dgn hati yg sangat khuatir. Ketika kamu pulang, ayah akan memarahi kamu. Tahukah kamu, sedarkah kamu, ayah sangat takut akan bahawa puterinya itu akan segera pergi meninggalkannya


muahhh..kiss to my dad

Ketika kamu meningkat dewasa, dan kamu harus pegi jauh utk belajar, ayah harus melepasmu walaupun hatinya sayu. Tahukah kamu bahawa saat itu ayah terasa kaku untuk memelukmu? ayah hanya tersenyum dan memberi nasihat itu ini dan menyuruhmu untuk berhati2 padahal ayah ingin sekali menangis dan memelukmu dgn erat spt yg ibu lakukan. Yang hanya ayah lakukan ialah mghapuskan sedikit air mata di sudut matanya dan menepuk bahumu sambil berkata '' jaga dirimu baik2 ya'' Ayah melakukan itu semua agar kamu KUAT, kuat untuk pergi dan menjadi dewasa.

Ayah menangis (siapa punye ayah/ datuk ni pjm kjap ye)

Di saat kamu kesempitan wang untuk membiayai perbelanjaan semester dan kehidupanmu, orang pertama yg mengerutkan dahi adalah ayah. Ayah pasti berusaha keras mencari jalan agar anaknya boleh merasa sama dgn teman2 yang lain. Ketika permintaanmu bukan lagi sekadar meminta alat permainan yang baru dan ayah tahu dia tidak mampu memberikanmu apa yg kamu inginkan, kata2 yang keluar dr mulut ayah adalah ''tidak, tidak boleh!''. Padahal dalam batin ayah, dia sgt ingin mengatakan ''Ya syg, nanti ayah belikan untukmu'' Tahukah kamu bahawa pada saat itu ayah merasa gagal untuk membuat anaknya tersenyum?

Yeah, aku success!!

Tika kamu berjaya sbg seorang sarjana, ayahlah org pertama yg berdiri dan memberi tepuk tangan untukmu. Ayah akan tersenyum dgn bangga dan puas melihat puteri nya yang tidak manja berhasil menginjak dewasa dan telah menjadi seseorang. Hingga satu saat nanti seorg teman lelakimu datang ke rumah dan meminta izin pada ayah untuk mengambil dirimu. Ayah akan sangat berhati2 memberi keizinan kerana ayah tahu bahawa lelaki itulah yang akan mengantikan posisinya nanti.

Ayah tumpang gembira dgn kejayaan puterinya

Dan akhirnya....
saat ayah melihatmu duduk di atas pelamin bersama seorang lelaki yang dianggapnya mampu menggantikannya, ayah tersenyum bahagia. Adakah kamu tahu di hari bahagiamu itu ayah pergi ke belakang sebentar dan menangis? Ayah menangis kerana tersangat bahagia kemudian ayah berdoa. Dalam doanya kepada tuhan'' Ya Allah, tugasku telah selesai dengan baik, puteri kecilku yang cerdik dan ku cintai telah menjadi wanita solehah yang cantik. Bahagiakanlah dia bersama suami yang dicintainya. Rahmatilah kehidupan di dunia dan akhirat mereka. Limpahkanlah kesejahteraan ke atas diri mereka Ya Allah''.

Ayah kecil berdoa untuk kebahagian puterinya =)

Setelah itu ayah hanya mampu tersenyum menunggu kedatangan cucu2 nya yg sesekali dtg menjenguk. Dgn rambut yg semakin memutih dan badan yg tidak lagi kuat untuk menjagamu dari bahaya, ayah telah menyelesaikan tugasnya. Tidak kira apa pun panggilan kita terhadap mereka - AYAH , BAPA, DADDY, DAD, PAPA, ABAH, ABI, merekalah org yang paling kuat. Bahkan ketika dia tidak kuat untuk menangis, dia harus dilihat sebagai seorang yang tegas di saat dia ingin memanjakan mu. Dan dia adalah org yang pertama yang selalu yakin bahawa KAMU MAMPU dalam segala hal..


Minta maaf lah dari ayahmu selagi nyawa dikandung badan

source : lilys


7 comments:

KUREKURE COMEL said...

sedih sgt......sayang apak mina...huhuhu...

tq tuan blog....besarkan pengorbanan seorang ayah..

Unknown said...

saya pun sedih..ya lah, kita salu rindu kat mak lebih cket dr ayah..sbb mak salu kol2 kite kan..
trimas trimas

mUmTAz said...

Sedih kamek baca..Huhuhuhu..Alu ingt mak ngn bapak d rumah..

Eza Zularyeza said...

kmk suka ngga ayah2 yg mbak ank nya g mkn kat lua.cute jak upa

Unknown said...

@mUmTAz

yalah..mesti salu hargai mereka apa2 pun keadaan

Unknown said...

@Eza Zularyeza

nang kiut..ayah2 yg take care anaknya sgt2..protective

ayuhidayu said...

sedih la..rindu kat ayah....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...