What's up What's down guys...Before tu, bagi yang muslim, korang jawab la salam dulu ye. Baru korang jawab what's up what's down saya tuh..Tu pun, kalau korang nak la..he he he...Apekah?
Agak lama saya tidak update blog..Rasa bersalah ada jugak ni, mungkin ada yang tertunggu2 next entry saya pasal apa. Chewah, perasan je bunyik nye..Macam la banyak sangat peminat..bukan2, macam la ada peminat..Takpe, tak salah perasan sorang2..Muahaha *gelak besar*
Lama gak masa untuk saya pikir sal apa yang nak ditulis untuk next entry nih...Rupanya memang betul dan realiti rupanya yang para2 penulis ni tak kesah la siapa, wartawan ke, penulis blog ke, penulis novel, buku, artikel ke apa lagi sume2 yang menulis..eh, bukan la menulis..sekarang zaman dah maju, takde tulis2 lagi dah..dah boleh taip kan..:P..alamak, merapu lak..-__-'' ok ok. Sambung citer, betul rupanya yang dorang ni kadang2 sampai kena kejar leh boss dia dek kerana belum hantar artikel dorang, susah rupanya nya nak carik ilham..baru tau ni..
Writer paling muda tengah perah otak cane nak taip ni.. =D |
P/s: Ini cuma peringatan untuk diri sendiri juga boleh untuk siapa2 yang mengalami situasi di atas. Beringat2 lah anda, tak yah nak malas2 join aktiviti. Nanti rugi, resume tak cantek. Tak guna menyesal di kemudian hari.
Bercerita sal sijil2 ni, teringat la kisah ni. Daripada sini la saya dapat idea untuk entry kali ni..PERGHHH..panjang giler intro aku. Sorry beb, gua memang camni. Merapu melebih. Nak dapat feel la kan..konon..konon je lebih aku ni..ok ok..Enjoy reading..
Tahun kejadian : sekitar 2007-2010
Tajuk : Kisah sekumpulan kawan join aktiviti2 di Universiti
Tempat kejadian : sekitar UNIMAS (sebuah universiti di sarawak)
Watak Utama: Ani, Jiji, Ee (bukan nama sebenar)
Watak Sampingan: Cukop cukop la tu..takse la tahu lebih2 deh =P
Bahasa : Bahasa sarawak (Cerita ini diubah suai ke bahasa standard supaya sume orang boleh faham)
Episod Pertama:
''Eh, korang. Nanti ada Pertandingan Pameran Sempena Hari Kemerdakaan Antara Kolej2 Kediaman, nak jadi ajk tak? Dapat sijil ni tau. Tanggal 20-28 Ogos ni, seminggu camtu. Nak join tak? Jom la.'' kata Ani.
''Boleh gak. Ada sijil pulak tu. Kena kumpul sijil ni selagi tak busy. At least, ada jugak sijil dari U kan. Jom, kita ajak si Nina, Aliaa, Hani, Millia skali. Ramai2 kite join. ''Jiji dan Ee bersetuju.
"Ok set. Nak kena daftar dulu ni. Jom pergi kafe. Dorang tampal notis tu kat situ. Kena tulis nama kat borang tu'' kata Ani.Maka, pergilah mereka secara berjemaah untuk mendaftar dengan happynya. La la la la la la ..sound efek untuk happy scene. ^-^ ..Macam biasa, semua yang mendaftar hendak menjadi ajk sesuatu event mestilah ada meeting dulu kan untuk membahagi tugas2..Maka, bermulalah tugasan mereka mencari apa2 yang patut seperti yang dipinta oleh pengurus projek. Mereka turut menghias bilik pameran itu hingga lewat malam..Betol..Tak tipu. Kalau saya tipu, saya dapat iphone4 nanti..hehehehe..
P/s: Sebab saya tak tipu la saya still pakai nokia 3310 ni...kalau tak, iphone4 da ni...ha ha ha..korang faham tak lawak ni? *garu2 kepala*
Ok, sambung cer. Bayangkan..Dengan assignment budak sains yang korang dapat imagin tu, mereka tetap meluangkan keringat peluh mereka di bilik pameran..Mungkin korang tak dapat nak imagin la..haha..Tapi, siyes dorang kat situ lebih tengah malam..Tak ingat dah kol berapa. Saat masa pameran tu berlansung, mereka amek turn untuk menjaga pameran itu. Yelah, dengan jadual kuliah yang ketat sebab nat dia dah berkarat dan dikunci ketat2, merapu lagi..Akhernya, mereka dapat no ketiga! Yiihaa! So, bahagi la hadiah duit tu dengan membeli KFC...Pekena ayam KFC malam2 ni best gak..Terliur lak..Arghhh..FOKUS..
Tunggu punya tunggu la berita sal sijil tu, takde lak..Dah masuk semester baru pun sunyi sepi je..Dengar bunyi cengkerik je ada la..Tup tup dapat tahu daripada pengurus projek bahawa pihak HEP terlupa pasal sijil kitorang. Sijil ajk kolej kediaman laen ada lak. Bertuah sungguh kolej kediaman Ani, Jiji dan EE hingga boleh di kacang lupakan kulit..sedeh sedeh..isk3..*kasihan mode* korang mesti pasang mode kasihan gak tau. Jangan lak gelak..Kasian nasib do re mi versi dara perempuan tiga org ni...ok..iklan time..
Even polar bear boleh jatuh kat tanah dia sendiri, inikan kita manusia |
Episod Kedua:
''Eh korang..alamak, sama lak skrip dah dengan episod pertama..cancel cancel..tukar tukar...
"Ani, Ee, nanti ada Family day fakulti kita tau. 15 Jun ni. Jiji dapat tau dari Lily. Dia urus bahagian sukaneka..Tengah carik ajk under dia. Korang nak tak? Sukaneka best tu. Lagipun, ada sijil tau. Aritu tak dapat kan. Join aje ni. Amacam? Kata Jiji.
" Hmm...pikir jap..Sukaneka ek? Jadi ajk je kan..tolong handle bahagian sukaneka best jugak..Lagipun, 15 jun ni free.. Boleh la..Kau lak Ani?'' Ee berkata.
"On je lah..Ekot korang..Berapa orang Lily nak carik? Kite leh carik orang len gak. Ajak dorang laen'' balas Ani.
''Jiji dengar dalam 10 orang camtu. A'a kan. Boleh ajak member laen. OK la. Nanti Jiji inform si Lily''. Jawab Jiji.Ani, Jiji, Ee dan 7 orang member laen pun menjalankan kewajiban mereka sebagai ajk sukaneka. Memang suka beraneka sukan la. Ada pelbagai aktiviti sukaneka yang dipertandingkan. Makan tembikai guna mulut je, Pass baling belon berisi air ke ahli kumpulan kat belakang , amek gula2 dalam tepung dan etc..Mereka seronok, begitu juga ahli kumpulan yang turut serta. Sama2 seronok. Seronok secara berjemaah lah..^-^
Hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan, namun yang hanya kedengaran adalah bunyi cengkerik lagi. Adakah ini menandakan petanda buruk pasal sijil mereka? Korang cuba teka..Sementara tu, aku nak edit2 entry ni..pikir ye..
Ok. Dah habis edit. So, korang rasa? Janganla jawab ''Ada ku kisah'' Tak baek tau..Ok. Terus terang. sijil mereka juga tak dapat nak dituntut..Entah apa masalahnya.. Poor tiga sekawan ni kan..memang takde nasib.
P/s: Poor kat sini bukan bermaksud miskin ye, poor kasihan..Sekali sekali kita speaking London tak salah..Asal jangan lupa kat bahasa melayu kita. Apa2 pun, kita tetap orang Malaysia skalipun hidung mancung tak nampak dah bangunan tinggi kat sebelah sana pasal hidung tinggi sangat..ha ha ha ha
Memang kasihan kan?
Ni la contoh sukaneka baling belon..Makcik! Makcik kuar bukan kat tv,tp kat blog saya! |
Episod ketiga cuma dibintangi pelakon Ee dan pelakon tak popular laen. Maka episod ini di pendekkan untuk tatapan umum. Chewah, macam la ramai nak tatap. *perasan mode*
Ee ni memang ahli Persatuan silat seni gayung malaysia ni kat Unimas. Tahun pertama, ahli biasa. Tahun kedua naek la pangkat cket, jadi Penolong Sri kandi. Urus hal ehwal kewanitaan ahli2 silat la gitu. Ee kali ni, bukan kojar sijil, memang dah kena lantik. Nak buat camne. Nak tak nak. Pelakon tak popular laen pulak ada yang pegang naib pengerusi, setiausaha agong, setiausaha sulit. Hebat2 kan jawatan dorang pegang? Si Ee je biasa2.. Dah kata kan, low profile..ha ha ha ha..*perasan mode lagi*
Ok. Kes episod ketiga ni juga benda yang sama berlaku, sijil takde. Apa cer? Dah di usaha leh si pengerusi, tapi tetap takda hasil. Nampak gayanya, Ee lagi poor dari Ani dan Jiji. Ya la kan? Ee 3 kali kena dump leh sijil tu, Ani dan Jiji baru 2 kali. Tapi takpe, Ee lagi popular pasal berlakon 3 episod, Ani dan Jiji 2 episod je..he he he he..perasan na budak ni.
P/s : Maaflah, perangai Ee memang cepat perasan, so mesti di tonjolkan disini dengan betul..Menyampah itu amat biasa dan normal sebagai reaksi. Kalau muntah tu, amat luar biasa. Sila hubungi kami jika ada di antara anda berbuat demikian.
Kebajikan dorang budak perempuan silat ni la yang Si Ee kena jaga as Sri Kandi.. |
P/s: eh eh, korang perasan tak..ayat ''setelah panjang lebar muvie pendek..'' kan dah panjang lebar,,tetiba lak tukar jadi muvie pendek..hah hah hah hah..perasan tak? *curios mode*
Buat sesuatu harus jangan pernah rasa terpaksa. Nanti tak berkat. Kena ikhlas. Kalau memang tak ikhlas tu, anda harus ikhlaskan hati..Pujuk hati tu..Kalau tak dapat jugak tu, ingat2 tuhan. Ikhlaskan hati kerana DIA. Kalau rasa terpaksa, anda akan pressure, hasil pun tak seberapa. Kalau rasa terpaksa, anda tak enjoy. Bila anda ikhlas, anda buat sesuatu dengan enjoy, dengan senyuman, dengan happy, hasil pun marvellous! So, bila happy, dapat la awet muda. tak gitu? Kan ini rahsia awet muda saya yang pernah saya share dalam entry lepas. Betol, ia memang tips yang berguna untuk jantung dan muka. Apa kaitan dengan jantung? Yelah, happy je. Jantung pun happy. Darah di pam dengan kadar normal. Kalau dah pressure, jantung pam darah tu kelam kabut..
Daripada entry yang panjang ni, ada jugak pengajaran yang korang dapat apabila membaca..Trimas sebab tekun dan sabar membaca entry yang panjang ni..TAHNIAH!..Sebab, certain orang bila tengok entry panjang, mula la malas nak baca..Mula je la. Lebih kronik, dorang pahtu terus tak baca..Banyak pedoman pasal ikhlas ni yang dapat kita pelajari..Yang simple simple je daripada kehidupan harian, sekeliling kita...Nantikan sambungan entry ini...sabar ye. Tuhan suka dan sayangkan orang yang bersabar..Anda pasti nak disayangi Tuhan kan?
Untuk renungan bersama |
12 comments:
woahh byk btol episode
hahaha kre kau rajin jgak join2 bnder utk dptkan sijil nih..
bgus2
ak nih lgi la low profile ngn low resume jgak owh
huhu lepas ni kena aktif lah xD
Salam..huhhu mesti bengangkan x dpt sijil.Penat je.tu la kena ikhlas..ngee~
@Raji berkata
tu episod yang tragis la..haha.
masa kat U, tak aktif bhgn kelab2 or sukan, tpksa la join benda2 ajk camtu utk dpt sijil..
haha..jgn low profile, blaja la dari sy ye..kena aktif, nanti tak cantek resume kang
@Novelgurl
novelgurl, a'a..bengan jugak la..tp, nak wat camne..siapala kta dgn pihak U..tu la, masing2 budak 3 doremi tu pun mdpt pgajaran-kena ikhlas..hehe
huhu..kalo sy mengamuk dah tu..eceeh ! XD
@Novelgurl
nak wak camne novelgurl, nak ngamok bahaya..kite still stdy kat U tu..carik na'as tu namanya
kena join byk2 nie..huhu
@RuSh D
ye rush D,,kena join byk2..nanti nk wat resume payah...
@RuSh D
ye rush D,,kena join byk2..nanti nk wat resume payah...
huh... sijil mpun psl.
budak unimas rupenyer
si east ketam bola ni
aaron aziz, ye budak unimas..nape
Post a Comment