24 July 2009

Mimpi seorang gadis lalu bertemu Rasullullah saw

Untuk Renungan Bersama.

Bismillahirrahmanir rahim

Rakaman ini dipetik dari program Motivasi Pagi -TV 3 (6.30 pagi) oleh
Ustazah Noorbayah Mahmood

Seorang gadis datang menemui Rasulullah dengan tangan kanannya
disorokkan kedalam poket bajunya. Dari raut wajahnya, anak gadis ini
sedang menanggung kesakitan yang amat sangat. Lalu Rasulullah
menegurnya.

"Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang kesakitan dan apa
yang kamu sorokkan di tanganmu?"

Lalu gadis malang ini pun menceritakan hal yang berlaku padanya :-
"Ya,Rasulullah, sesungguhnya aku adalah anak yatim piatu. Malam tadi aku
telah bermimpi dan mimpiku itu telah membuatkan aku menanggung kesakitan
ini." Balas gadis tadi.

"Jika tidak jadi keberatan, ceritakanlah mimpimu itu wahai anakku."

Rasulullah mula tertarik dengan penjelasan gadis tersebut."Aku bermimpi
berjumpa ibuku di dalam neraka.

Keadaannya amat menyedihkan. Ibuku meminta diberikan air kerana dia amat
dahaga kerana kepanasan api neraka itu hingga peluh tidak sempat keluar
kerana kekeringan sekelip mata." Gadis itu berhenti seketika menahan
sebak.

"Kemudian kulihat ditangan kirinya ada seketul keju dan ditangan
kanannya ada sehelai tuala kecil.Beliau mengibas-ngibaskan kedua-dua
benda tersebut untuk menghalang api dari membakar tubuhnya. Lantas aku
bertanya ibuku, kenapa dia menerima balasan sebegitu rupa sedangkan
ketika hidupnya ibuku adalah seorang hamba yang patuh dengan ajaran
islam dan isteri yang taat kepada suaminya?

Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika hidupnya dia amat bakhil. Hanya dua
benda itu sahaja iaitu seketul keju dan sehelai tuala kecil pernah
disedekahkan kepada fakir. Yang lainnya hanya untuk bermuka-muka dan
menunjukkan kelebihan hartanya sahaja.

Lalu aku terus mencari ayahku. Rupanya beliau berada di syurga dan
sedang menjamu penghuni syurga dengan makanan yang lazat dan minuman
dari telaga nabi.

Ayahku memang amat terkenal kerana sikapnya yang dermawan dan kuat
beramal. Lalu aku bertanya kepada ayahku. "Wahai ayah, ibu sedang
kehausan dan menaggung azab di neraka.Tidakkah ayah ingin membantu ibu
sedangkan di dunia kulihat ibu amat mentaatimu dan menurut perintah
agama.

Lalu dijawab oleh ayahnya. Sesungguhnya beliau dan semua penghuni syurga
telah dilarang oleh Allah dari memberi walau setitik air kepada
isterinya kerana itu adalah pembalasan untuk kebakhilan yang dilakukan
ketika didunia.

Oleh kerana kasihan melihat azab yang diterima oleh ibuku, aku lantas
menceduk sedikit air mengguna tapak tangan kananku lalu dibawa ke
neraka.

Belum sempat air tersebut mencecah bibir ibuku, api neraka telah
menyambar tanganku sehingga melecur.

Seketika itu juga aku tersedar dan mendapati tapak tanganku melecur
teruk.

Itulah sebabnya aku datang berjumpa engkau ya Rasulullah." Panjang lebar
gadis itu bercerita sambil airmatanya tidak henti-henti mengalir dipipi.

Rasulullah kemudian meletakkan tongkatnya ke tapak tangan gadis tersebut
lalu menadah tangan, berdoa memohon petunjuk dari Allah. Jika sekiranya
mimpi gadis tersebut adalah benar maka disembuhkanlah agar menjadi
iktibar kepada beliau dan semua umat islam.

Lalu berkat kebesaranNya tangan gadis tersebut sembuh.

Rasulullah lantas berkata, "Wahai anakku, pulanglah.

Banyakkan bersedekah dan berzikir dan pahalanya kau berikan kepada
ibumu.Mudah- mudahan segala dosanya terampun. INSYALLAH"

21 July 2009

ISRA' MIKRAJ

ASSALAMUALAIKUM WBT...basmallah...

semoga pembaca d cucuri rahmat, di murahkan rezeki, di pjgkan umur, di tunjukkan jalan yg benar, di permudahkan di akhirat nanti melintas siratulmustaqim dan neraca al mizan...amin ya rabbal a' lamin..

entry kali ini..title je isra' mikraj..yela,bersempena isra' mikraj baru2 ni..sedar2 dh nak masuk syaaban dan meninggalkan bulan ALLAH,bulan rejab..apalagi,selagi nyawa di kandung badan dan mampu bernafas dn bergerak spt biasa, kerjakan puasa sunat..yg tak sempat,semoga umur masih pjg agar bisa mengerjakan ibadah di lain hari..amin...

ok ok.berbalik ya..hari ini, sy nak kongsi la..nak bagi anda sume juadah atau suapan tatkala megharungi zaman BZ anda,yg x bz tu, buat2 bz, yela..kita sesama islam harus sentiasa ingat mengingati dan pesan memesani..haha.bantai je..mana tak BM spm xdpt score..alamak,KANTOI..

Ketahuilah,semoga ALLAH mberikan taufik kpd kita bhwsanya segala keindahan itu adlh kebesaran TUhan YAng Maha Menciptakannya.Cuba kalian tgk diri anda, byk sungguh keajaiban yg tak ter-list..saraf2 yg terbenam dlm kulit,salur2 darah,etc..tgklah dunia..bumi dn seluruh isinya jika di bandingkan dgn langit adlh bagai lingkaran rantai besi yg di letakkan di tanah lapang. kata saintis, matahari itu 160 kali ganda lebih besar dr bumi malah lebih dr itu.demikian juga sebahagian planet yg beratus2 besar dr bumi ini.Namun anda melihat benda2 bersinar spt matahari,bulan dn bintang yg di kandung oleh langit dan berada padanya.Maka renungkanlah ttg langit yg berisi bbrp ciptaan ALLAH yg bsr2,brpkh besarnya?

kemudian, anda perhatikan mgpa anda dpt melihat matahari,bulan,bintang dn langit2 dgn bola mata yg kecil? kemudian,perhatikanlah kelajuan geraknya..fikirlah alam malaikat dn ciptaan2 ALLAH yg besar2, juga ttg berita yg di bawa oleh Jibril a.s kpd Rasullullah ttg malaikat Israfil a.s Jibril sendiri pernah btya kpd baginda ''bagaimanakan ansa melihat Israfil a.s sedangkan Arasy itu berada di atas pundaknya dan kedua kakinya berada di batas bumi yg paling bawah?''..dan lebih besar dr Israfil tersebut adlh apa yg difirmankan Allah SWT yg bermaksud

''......Kursi ALLAH meliputi langit dan bumi....''' (al baqarah:255)

setiap akal yg mperoleh taufik mahu mengulang-ulang perhatian dn pemikiran thdp keajaiban keindahan ciptaan ALLAH tentu akan semakin bertambah makrifatnya,keyakinannya,ketundukannya,dan pghormatanny.Akan tetapi kita manusia dlm mmrhatikan masalah tersebut berbeza2.Adapun media plg besar utk myampaikan kpd keyakinan yg teguh adlh mbaca AL-QURAN,memahami isinya,memikir ttg ayat2nya dgn penuh ketaqwaan kpd ALLAH scr terus menerus.Itulah pintu mengenal kpd ALLAH SWT dn yakin thdp apa yg ada di sisi-NYA.

kemudian perhatikanlan apa yg kami isyaratkan,kerana tentu anda megerti secara garis besar bhwsnya Rasullullah saw di ISRA MIKRAJkan hingga sampai di 'Sidratul Muntaha'. Baginda melihat tanda2 kebesaran dan kerajaan ALLAH swt dan myatakan adany alam akhirat dn alam dunia.Baginda mdekati Tuhan shgga baginda mjadi dekat sjarak hujung busur panah bahkan lbh dekat lagi. Maka bagaimanakah pdpt anda thdp ilmu Tuhan Yang Maha MUlia, sedangkan Rasullullah snediri berdoa mohon ditambah ilmu sbgmna firman-NYA yg bmaksud;

''.Dan katakanlah : Ya tuhanku, tambahkan lah kepadaku ilmu pengetahuan...''

Semoga ALLAH berkenan mberi ilmu kpd kita semua utk bermakrifat kpd-NYA kembali, dn mudah2an kita dikurniakan cahaya petunjuk-NYA dan mudah2an di anugerahkan pemberian-NYA dilimpahruahkan kpd kita bersama shgga kita tmasuk org2 yg bhak mperoleh pertolongan-NYA.Sesungguhnya ALLAH sendirilah yg mguasai semua itu..amin..

even entry ini sgt amat ter lah pjg..semoga ALLAH beri hidayah agar dibuka hatinya utk membaca nya smpai habis..insyaALLAH...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...