17 March 2011

Jom, Datang Jak Sarawak

As-salam >.< ~east~


Kepada anda yang di luar Kuching, Sarawak, ini lah dia tempat popular kitorang, Waterfront. Sape2 yang blom pernah datang sini, jemput2 la datang..jalan-jalan cuti-cuti Malaysia. Bagi duit kat Malaysia dengan melancong dalam negara. zJangan asyik nak bershopping je kalau melancong tu. Sekali sekala jadilah macam pelancong asing, dorang lebih suka nak tengok gaya hidup masyarakat setempat. Cuba tu, cuba ni.



Apa dia waterfront? Ala, ce translate. Water = air. Front = hadapan. So, apabila digabung ia menjadi tempat yang berhadapan dgn air dalam kes ni, sungai. Kira ni tebingan sungai la. Apa yang best kat waterfront, anda boleh bakar lemak anda! HaHaHa..Betol la, pasal Waterfront ni panjang, so terbakar la cket lemak tu. Tambah lagi ada Esplanade sambungan waterfront, lagi terbakar la. Siapa2 yang suka nak jalan2, saja nak amek angin, tengok2 view, dipersilakan singgah sini.
Ni bahagian esplanade..


Dan sesiapa tak pernah naek perahu tambang, boleh la cuba. Ala, 50sen je pun. Bila dah sampai seberang, ada gak ala2 waterfront, tapi yang ni laen. Dia memang tempat untuk makan2. Kalau korang nak melancong ni, harus pergi tempat bernama Kpg Boyan ni. View kat waterfront dan tempat yang berdekatan dia lagi lawa kalau korang tengok malam2 hari. Panas pun tak kan. Lagi best nak berjalan.

entry ni akan bersambung nanti..ni je wat masa sekarang

1 comments:

mUm_tAz said...

Assalam..Pa gik tmpat best d kuching ya??? Asa mok ke sinun oww..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...