As-salam >.< ~east~
Wahai wanita,
Jangan lah kau terlalu mengejar dunia,
Yakni dalam dunia fesyen dan dunia kecantikan kita,
Ya aku akui ''Ya.'',
Aku juga seorang wanita,
Yang turut obses dengan dunia fesyen dan kecantikan kita.
Wahai wanita,
Janganlah kau alpa,
Akan tanggungjawab mu terhadap agama,
Yang meminta mu untuk menjaga,
Setiap batas dan aurat mu daripada mereka-mereka,
Kerana dirimu itu sesungguhnya amat berharga.
Wahai wanita,
Untuk apa berpakaian senteng buat tatapan mereka,
Untuk apa berseluar ketat buat mata haram mereka,
Untuk apa rambut berwarna straighten rebonding segala,
Untuk apa kulit lembut mulus didedah buat mereka,
Untuk apa kau beri semuanya percuma,
Lalu untuk bakal suamimu tinggal apa?
Wahai wanita,
Untuk apa kau memberi pandangan kepada mata-mata,
Untuk apa kau memberi kepuasan kepada mereka,
Untuk apa kau mengenyangkan nafsu mereka,
Sedangkan kau tahu batas-batas kita,
Ya, untuk apa.
Wahai wanita,
Tidakkah kau terfikir sekali sekala,
Alangkah ruginya kau rasa,
Memberi kepada yang haram secara percuma,
Tidakkah begitu wahai wanita?
Wahai wanita,
Simpanlah untuk yang berhak sahaja,
Yakni yang halal untuk kita,
Tidakkah itu lebih bahagia,
Dan lebih bererti buat kita,
Dan juga dia.
Wahai wanita,
Yang kian hanyut dan buta,
Dalam dunia hiburan ciptaan kita,
Sedarlah agama dan tuhan itu lebih utama,
Bukan fesyen bukan kecantikan dunia kita,
Bukan wahai wanita.
Wahai wanita,
Percayalah aku untuk meluahkan rasa,
Dengarlah hati ku berkata,
Tuhan itu lebih cantik, lebih indah hanya jika,
Jika kita pandang dengan dua-dua belah mata,
Begitu juga dengan agama kita,
Insyaallah syurga menanti kedatangan kita,
Kerana itulah yang lebih utama,
Wahai wanita,
Tidak kah engkau tahu akan unggulnya kuasa kita,
Yang mampu mengubah dunia,
Ke arah kebaikan kepada yang berjaya mengawalnya,
Mahupun sebaliknya untuk yang hanyut dek buta,
Dan jangan lagi kau lupa,
Kuasa itu dalam genggaman kita,
Kita yang mengawalnya,
Dan yang pasti kita lah yang memandunya.
Wahai wanita,
Bawalah dirimu ke jalan yang seharusnya,
Pandulah hatimu ke lebuhraya agama,
Dan tunjukkan kepada dunia,
Bahawa fesyen dan kecantikan dunia kita,
Lebih tinggi nilainya pabila bersulamkan landasan agama,
Lebih manis dan indah terasa,
Tidakkah kau teringin wahai wanita.
Wahai wanita,
Fesyen dan kecantikan memang dunia kita,
Namun bawalah dirimu dengan waspada,
Jangan sampai kerananya kita terpedaya,
Kerana dunia kita itu tidak membawa apa-apa,
Hanya keseronokan di dunia fana semata-mata.
2 comments:
sungguh puitis... 8-)
wanbu..hehe..mmg puitis
Post a Comment