Ya, ini dia sambungan entri terdahulu..Part 2 punye, dan tak tahu lah ada part 3 ke tidak. Takpe, kita teruskan membaca..Opps, anda teruskan membaca, saya teruskan menulis.
Pasal ikhlas ni, memang susah jugak kita nak praktikkan. Sebab benda ni dah terbiasa, kadang2 benda tu akan terlintas di fikiran, terkeluar dari mulut, tertumpang lalu di hati kita..Dah kita manusia, memang tak perfecto, tapi tak salah kalau kita cuba jadi se-optimum yang boleh. Tak gitu? Kan..
Benda terbiasa yang saya maksudkan sini adalah..Common la bagi saya, tak tau la korang kan..Dari segi aspek pelajaran. Hampir kebanyakan kita, kalau cakap sal belajar, study, hampir kebanyakannya hanya belajar untuk exam. Anda setuju? Belajar sebab exam je, lepas exam dah lupa dah. Baru beberapa hari, kadang2 lebih terok baru je lepas exam beberapa jam, dah lupa. Pasal, niat study dia sebab exam. Maka ilmu pun masuk sebab exam. Bila dah habis exam, ilmu tu pun keluar.
P/s : Bagi kes yang masih ingat tu, special kes ya.
Betol saya cakap, memang macam sudah mind set kita untuk belajar sebab exam. Sebab tu ilmu tak lekat. Dah mind set kita,
''Study ni, kena hafal ni, kena tau ni, karang kuar exam. Nanti tak dapat jawab la, nanti tak lulus la, nanti kena marah parents la etc''...Nah kawan-kawan, disitu terletak keikhlasan kita.Masih saya ingat lagi, masa study degree dulu, Prof saya salu cakap benda ni. Student-student kalau dengar je word dari Prof "yang ni kuar exam", dorang terus fokus dan jotted down atau salin nota la pasal benda tu. Kalau tak, melayang ntah ke mana fikiran. Badan je cantik dan hensem gah di kelas.
Pastu, kalau lecturer cakap hari ini hari itu ada revision untuk coming exam, kelas pasti penuh la. Mahunya 100% kedatangan. Kalau lecturer tak mention ke, pasti ada dorang tanya or minta untuk dibuatkan kelas revision. Pasal lecturer akan bagi tips2 untuk exam nanti. Tang tips2 exam tu lah yang student2 ni nak dengar.
Tips yang student nak dengar kot.. |
Ya disini kawan-kawan, nampak tak dimana tang mind set ''Study untuk exam'' yang saya maksudkan?..
Ya, saya juga tak lari dari benda-benda ni. Ya, saya sedari akan hal ini. Dan saya cuba mengubahnya.
Bagaimana? Senang saja.
Anda just tukar niat dan pasang mind set baru. Belajar sebab ilmu dia. Belajar sebab nak tambah ilmu, Belajar sebab nak tahu. Belajar pasal benda berguna. Apa-apa yang positif dan ikhlas akarnya. Dan jangan lupa, baca doa. InsyaAllah sume berjalan lancar.Lalu bagaimana hasilnya?
Ilmu lebih senang masuk. Dan hati pun rasa lebih tenang. Lebih happy. Pasal tiada paksaan disitu. Kalau belajar sebab exam, kan ada paksaan exam disitu. Betol saya cakap.
Dah tu, kalau memang nak study sebab esok lusa nak exam?
Ya, memang ini masanya anda belajar sebab ada exam. Tapi yang ni bukan niat asal. Niat asalnya tadi belajar sebab nak tambah ilmu. So, anda meresap ilmu seperti biasa dengan ikhlas masa tu. Bila exam mendatang, anda cuma study atau mengulangkaji ilmu tu. Supaya esoknya tak lingkup dalam exam. Bukannya kes korang hanya study arini sahaja sebab esok nak exam. Sebelum tu, endah tak endah je dengan pelajaran. Dan lagi, bukan la saya nak cakap kalau niat asal belajar sebab nak tambah ilmu tu, lalu hebat untuk menjawab soklan nanti, lalu tak payah nak revise untuk exam. Tu dah salah faham dan salah konsep dah tu.
Sebenarnya, kalau anda belajar untuk exam, anda lebih cenderung untuk menghafal. Bukan nya menghayati. Bila menghafal, anda just menghafal membuta tuli. Ntah betol ke tidak, anda tak kisah. Anda just hafal. Kalau dalam nota study tu eja salah pun anda ikut je hafal yang salah tu. Sebab anda dah bagi arahan kepada otak untuk menghafal, sama macam konsep mesin fotostat. Yang salah-salah tu maen copy je. Dan konsep lagu2. Kalau anda just nak menyanyi, anda nyanyi je ikut lirik, maen hafal je. Maksud lirik tu, ntah tahu tak. Sebab anda tak menghayati lirik tu.
Sebenarnya, kalau anda belajar untuk niat yang suci murni seperti sebab nak tambah ilmu, anda akan menghayati pasal benda tu. Anda akan lebih nak tahu, lebih mengambil tahu dan mengambil berat pasal benda tu. Ni macam konsep nak carik pakwe/makwe, kalau berminat nak kenal orang tu, pasti cuba semua upaya keringat yang ada untuk ngorat kan. Tanya nama, tanya no hp la, tanya asal la, dan macam-macam. Yang ni rupanya kita berminat. Kalau la minat kita macam tu terhadap benda yang kita belajar, tak ke ingat sume benda. Macam pakwe/makwe tadi, laju je ingat nama, asal, kelas mana etc..Tak gitu?
Saya sejujurnya memang praktikkan ikhlas dalam menuntut ilmu, dan hasilnya memuaskan. Baru jugak la, dalam amek degree aritu la. Perasan kenapa ilmu susah sangat nak lekat. Dan menyedari mungkin ini salah satu puncanya selain dari tidur dalam kelas..kui kui kui..
Ni agaknya rupa aku ngantok dalam kelas versi panda |
Dan satu lagi, pasal menghayati tu. Betol..Pabila udah menghayati sesuatu benda, kita akan automatik hafal Dalam kes menghafal, ia ada di otak saja, tetapi kalau kita tambah dengan menghayati, ia akan berada di otak dan juga hati. Saya praktikkan ni dalam menghafal surah-surah lazim dalam Al-quran. Dah semakin menua ni, liat cket nak hafal-hafal benda. Bila saya tengok tafsir untuk surah tu, dan tau maksud ayat-ayat yang dihafal dan dibaca tu, lebih mudah untuk proses saya menghafalnya. BETOL!!
Dalam agama kita juga meminta umatnya agar ikhlas dalam setiap perlakuan dan perbuatan. Malahan, ada balasan pahala untuk setiap benda yang dikerjakan dengan ikhlas. Walau seremeh mencuci pinggan mangkuk periuk kuali pabila makan dengan famili, pahalanya sangat menakjubkan jika dilakukan dengan ikhlas. Saya pernah dengar la, hatinya turut dicuci macam tu la.Sume pekerjaan kena ikhlas. Kalau tak ikhlas mena nak dapat balasan macam tu.
P/s: Sekiranya salah fakta ini, tolong maafkan dan perbetulkan sekiranya anda tahu. Saya terdengar aritu kat tv ke radio.
Oklah korang. Ni lah part 2 ceritera tragedi ikhlas saya. Ingat, apa-apa korang buat kena ikhlas di hati. InsyaAllah sume ok nanti.
5 comments:
gua dh keje...tak yah le pening2 nak stadi lagi dah...klau suh pun dh payah ngat nak masukk...hehehe
Kalau ikhlas, belajar pun jadi enak. Ilmu pun masuk ke dalam otak tanpa perlu dipaksa-paksa.. huhu.. Teringat masa belajar dulu :)
haha..yas, untung la kamu..tp, kalau kerja ada gak kan task2 yg nk kena buat..jgn tension2, kena ikhlas ye wat keje tu
mutalib: ye btol tu..senang je kan..dah ilmu tu suci, dia nk masuk dan kekal dlm hati yg suci bersih...
huhuhu... Apa2pun, good luck for yr studies East ! Do the best 4 yrself :)
Post a Comment