Gambar perhiasan |
Ola ola...lama sudah tidak bersua. Sibuk juga kebelakangan ini..Ha ha ha. Sedangkan tak kerja, apa yang nak di busy saya ni. haish -_-'' Adala bah..Banyak ja projek saya ni.
Lelaki lelaki di luar sana, column ini bukan sahaja untuk wanita, tapi untuk anda juga. Sama-sama kita mencapai tahap ke-hensem-an dan ke-cantik-an yang tinggi dengan ter-share nya entry ini. Adus, saya boleh dinobatkan sebagai perosak bahasa...sadis.
Apa yang saya hendak kongsikan di sini, adalah secret untuk menjadi lebih cantek, lebih hensem macam orang kat gambar di bawa ni. Mungkin ada yang dah tahu. Mungkin juga belum. Takpe, tak salah baca dua tiga 4 kali kan..
Anda tahu tak, yang sebenarnya, tak elok mengapa-apakan rambut mahkota anda tu apabila ia basah? Lazimnya, kita akan amek tuala kita, dan gosok-gosok rambut kita tu untuk bagi ia kering. NO! Jangan buat camtu lagi selepas ni. Rambut kita adalah pada tahap paling fragile dan rapuh pabila ia basah. Ini juga akan menyebabkan rambut kita mudah bercabang dan kusut. So, pabila kamu buat AKSI mengeringkan rambut tu, maka sudah tentu tentu la membahayakan nyawa rambut anda. Tak gitu?
Saya kan, bila tau ja benda ni, memang tak keringkan rambut la. Cuma balut dengan tuala untuk sementara, yelah takut menitis air tu masa perjalanan ke bilik tukar baju. Bila dah camtu, memang tak sikat rambut di buat nya. Har Har Har Har. Ya, boleh kira berapa kali saya sikat rambut dalam seminggu. Memang tak. Ala, guna rejoice je. Rambut terurus dan tak perlu sikat. Kah Kah Kah.
Tapi tapi, adakah anda tahu, menyikat rambut itu adalah penting? YES, VERY VERY IMPORTANT! Menyikat rambut ini dapat melancarkan aliran darah dan nutrien di kulit kepala dan batang rambut sama macam kita mengurut kepala la. Katanya, menyikat rambut sebelum bersyampu akan menyalurkan minyak dari kulit kepala ke batang rambut lalu menjadikan ia lebih sihat dan gemok..Gemok tu tambahan semata-mata.
Tengok, baby g nak sikat rambut yg ciput tu |
Lagi, paling bagus jika anda guna sikat besar yang giginya diperbuat daripada kayu yang berhujung tumpul. Lagi terasa 'urutan' tu. Lagi la lancar aliran darah. Lagi la sihat dan gemok rambut anda. Tips ini juga saya turun temurunkan dari kawan saya punye emak. Katanya, rambut dia cantik, berseri-seri hinggakan kawannya berfikir dia mewarnakan rambut dan pergi salon. Rambut mak kawan saya tu memang bukan warna hitam, ia warna coklat-coklat gelap camtu. Ori tau~~~ Credit tu my fren.
P/s: Rajin rajinkan diri menyikat rambut la ye.Yang lelaki tu, bawak sikat ke ofis, sambil kerja sambil sikat =P
Ada lagi tips satu. Dari majalah FEMALE. Kalau nak tau rambut korang rosak ke tak, cuba benda ni. Amek sehelai rambut korang, dan gulungkan rambut korang menggunakan jari. Selepas itu, masukkan rambut korang tadi yang lepas gulung tu ke dalam segelas air. Sekiranya ia mengambil masa untuk kembali semula ke bentuk asal, maknanya rambut korang tak sihat seperti yang korang jangkakan...
Sapa la tak teringin nak minum air sejok lagi lagi masa hari panas dan lepas letih letih. Pekena air yang sejok-sejok tu segar terasa badan kan. Perghh! Korang tau kan, tak baek minum air sejok sebenarnya. Tapi apakan daya, godaan sangat auww..seksi..seksa menahan nya..Tapi AIS juga ada kelebihan tau. Ais membantu membersih dan mengaktifkan sel-sel darah. Ais juga meningkatkan sistem imunisasi dan mencegah penyakit, merawat pelbagai penyakit kronik seperti strok, jantung, asma, resdung, migrain, hepatisis, masalah kulit dan sebagainya. Macam-macam ada kata astro. Sumber benda ni dari majalah Rapi sebuah majalah kesihatan.
Tips yang biasa kita dengar, adalah minum air kosong atau nama standard nya 'sky juice' dengan banyak. Ramai la yang amalkan benda ni. Bagus untuk memberi kesegaran pada sel-sel badan. Tak tahu nak cakap apa kat sini, pasal saya pun liat nak minum air banyak. Mahunya selalu ke toilet kalau minum banyak.
Gambar perhiasan-kucing tu kata ''senyum sokmo'' |
Doktor kat korea punya pesanan. Kalau berlari tu, lari sampai tercungap-cungap, pahtu berjalan..Sambung balek lari sampai lost breath, baru berjalan. Ulang benda ni. Katanya, kalori lebih cepat terbakar dengan cara camni. Kita salu dengar, lari jangan sampai lost breath. Tapi, doktor tu nafikan kenyataan tu.
Doktor kat korea pesan, tukar menu makanan. Terutama menu makan malam. Breakfast tu, makan berat cket pasal memang sah sah akan dibakar oleh badan sebab kita guna tenaga daripada makanan tu. Tapi, makan malam tidak. Tenaga yang kita perlu guna sedikit sahaja tetapi makanan yang kita ambil tu mengandungi banyak tenaga. Maka ia tidak diguna dan akan disimpan oleh badan sebagai lemak.
Doktor kat korea pesan, atur struktur badan. Jangan bongkok. Luruskan tekstur badan anda. Ini membantu dalam sistem aliran darah. Masing2 sume pesanan doktor korea ni ada orang yang amalkan, dan memang terbukti berkesan diet yang mereka amalkan.
Handsome? |
Lagi tips untuk awet muda dan tampak hensem dan cantik sentiasa adalah.....Jeng3x...Sentiasa berfikiran positif. Bagaimana pula tu? Pabila kita berfikiran positif, maka sesuatu masalah itu kita anggap sebagai cabaran, dan bukan sebagai bebanan. Maka, NO STRESS!! Pabila stress bukan lagi teman baek hidup, kita akan sentiasa ceria, mood pun happy je.. La la la la la ~~
''Macammana nak takde stress nya, assignment melambak. Exam lagi. Presentation lagi. Boleh giler di buatnya. Ko nasihat senangla, cuba ko kat tempat aku''Ya, saya pernah berada di tempat itu. Tak salah kalau anda jadi gila buat sementara. Cepat jadi gila! Iaitu dengan pergi karaoke ke, pergi maen bowling ke, pergi maen skuash ke, maen drum ke, maen basketball ke, apa-apa aktiviti yang boleh anda hilang stress dan lepas geram. Maka, hati yang selalu berteman kan tension tu happy jugak. Ingat, anda harus sayang badan anda. Kasi dia entertainment kata omputih.
Ha, kucing pun tau nak berkaraoke kalau tension tak dapat tangkat tikus |
Juga, anda harus ikhlaskan hati dan fikir positif akan sume assignment, exam, presentation dan segala tu la. Maka anda tidak akan rasa terpaksa. Kalau buat dengan hati ikhlas, maka takde la demonstration jalanan dalam hati anda tu. InsyaAllah. Kalau rasa nak nanges pasal tak tahan, sila sila. Let it go. Lepas tu anda rasa ok. Anda mengadu la dengan tuhan anda. Bagi yang islam, mengadu la pada Allah Yang Maha Pendengar. Sambil nangis2 lagi syiok. Betol...
Teringat masa interview kpli aritu, dia cakap ''You look young from your age. Tell me, whats your secret!'' . Tak ke blank aku dibuatnya. Manade ready soklan-soklan camtu. Aku pun jawab ''Always happy in what you are doing. Never complaint. Do it with your heart''. Versi orang melayu nya pulak, sentiasa gembira dan ceria dalam apa je yang kamu buat. Jangan nak komplen-komplen je. Buat dengan sepenuh hati. Yakni ikhlas.
Maka, dengan ini saya berpesan..belailah badan anda.. Badan anda berhak. Kalau tak belai, maka ia tak beri kerjasama dengan anda. Badan anda akan lebih cepat lesu, lebih cepat menua, kulit tak anjal, kulit kering-kering,kulit kedut-kedut, rambut cepat gugur, kelemumur..Mahukah anda? Fikir-fikirkan..
7 comments:
salam..best! :)
^___________^
thx al-irsyad!!
Assalam..Betol,betol,betol... BAk kata Mak Limah..
he he he .mumtaz mumtaz..bak kata east
hi slm ziarah dr SB..bab minum air masak bebanyak tu memang agak malas..bnyk info leh dimalkan..
btol tu..malas cket mnum air bebanyak
nice entry! sempoi la bro..hehe~
Post a Comment