27 April 2011

Volvo S60 baru langgar hantu tak eh?

As-salam >.< ~east~


27 April, bersamaan hari ini tahun gajah , kereta volvo S6 T6 ni dirasmikan secara rasmi oleh Mayor bandar Kota kinabalu.

Apa yang menarik and kelainan nya kat kereta volvo ni hingga saya nak muatkan dalam blog ni?..

Ha ha ha..mestila ada..Kalau tak, takde nya saya nak buang masa taip menda segala ni..

Sebelum tu, sila lah tengok gambo gambo keto ni..layannzz...ni volvo s6 r-design la






Harga pasaran Malaysia hampir rm300 ribu la..tak tau nak cakap apa..haha..



Volvo S6 T6 ni ada teknologi yang dapat mengesan pedestrian atau dalam BM nya pejalan kaki la. Ini yang pertama di dunia! Dia dapat detect samaada dorang bergerak atau berdiri ke kat depan tu, dorang dapat brek sendiri. Brek auto la ni. Bagus jugak teknologi ni. Untuk kurangkan mangsa kena langgor kaki yang salu je terjadi macam dalam cerita2 dalam tv tu..Dorang dapat detect kereta jugak la kan..of coz..

Macam biasa, kereta volvo ni popular dengan ciri-ciri keselamatannya dan of coz la dorang upgrade kan design kali ni. Luaran mahupun dalaman. Ada la laen lagi. Lawa la design dia. Sporty. I loike! Kaler yang ada untuk market Malaysia ni kaler Vibrant Copper dan Flamenco Red.

Rasanya dia dapat detect pedestrian je ke? Kalau ada benda kat depan tu? Macam dinding ke apa ke..Dapat kot..Tapi kan teknologi ni, agak agak nya, leceh gak untuk orang yang tak sabar. Mana tak nya, asyik2 brek kalau ada benda kat depan tu walhal jarak jauh lagi. Ala, macam keta sekarang yang ada sensor masa kita reverse tu, bingit jugak dengar tet tet tet tet, walhal jauh lagi. Kadang-kadang tak bunyi padahal dah dekat. Banyak komplen pulak. Biasala.

Rasanya kereta ni sesuai untuk kes malam2 hari kat jalan yang dipercayai berhantu. Mana tak nya, hantu selalu dok berdiri tengah2 jalan. So, korang beli benda ni. Kalau incase korang dalam situasi ni, nampak ada orang ppuan berdiri tengah jalan pakai baju putih ke, baju cheongsam merah ke, kalau keta volvo ni tak auto brek  ertinya benda tu la tu..hahahahah..

Seram gak bunyi nya.

Tapi kalau volvo korang break, pahtu korang p la cek manusia ke benda tu. Tu pun kalau korang berani. Ha Ha Ha. Tapi kalau di dapati benda tu, nampak nya teknologi keta omputih ni tak advanced lagi..tak canggih..tak dapat beza benda depan tu manusia ke roh je..ha ha ha..

Ni ha saya sertakan sekali video kereta tu..selamat menonton..

Ni trailer dia



Ni pasal dia break auto
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...