20 April 2011

SAINTIS MUDA TAK BERTAULIAH SANGGUP BUAT KAJIAN HAMPIR DUA DEKAD!!!

Assalamualaikum wbt..





Saintis muda tu mestila saya. haha. Tak suspen btol..Siapa lagi kan. Dah nye tak bertauliah, lagi la kena dengan saya. Saya ni blaja je bidang  sains. Tapi blom lagi kerja sebagai saintis. hehe. insyaALLAH jika diizinkan ALLAH. Saya  dah buat kajian ni hampir dua dekad. Tahu tak berapa tahun tu? hampir 20 tahun. Hampir je pon. Bukan btol2 20tahun..Umur saya baru je 20+. hehe. Kiranya kajian ni saya buat sepanjang hidup saya la. Dari zaman saya kenal abc.

Nak tahu apa kajian nya? Kajian yang mampu dibuat oleh saya yang tak perlu modal adalah…jeng3x
Kajian terhadap tingkah laku manusia. Sorry lah. Tesis saya belum published lagi. Ni kira public conference saya. Media conference takde. hehe.

TAJUK KAJIAN: PERILAKU MANUSIA BERUBAH SEIRING DENGAN ZAMAN JAJAHAN MINDA DUNIA BARAT

OBJEKTIF: SAJO SAJO JO WAT KAJIAN

DAPATAN KAJIAN (LITERATURE REVIEW) : TAKDO TAKDO..MALAS NAK SEARCH PAPER ORANG, DAH KATO TAK BERTAULIAH

BAHAN: GUNO JO DUO BIJIK MATO NI HA DAN OTAK SEKETUL

TEKNIK : MEMERHATI SAMPAI JULING

KEPUTUSAN DAN PERBINCANGAN: BACO NI HA KAT BAWAH NI

Subjek utama :seorang perempuan dan juga seorang lelaki.
Subjek sampingan : orang orang sekeliling.
Subjek utama telah dikenali rapat lama dah. Sejak dalam perut ibu lagi kalau boleh. Betapa metaforanya nak gtau betapa rapatnya saya dengan subjek.
Ni keputusan dio..

Mula mula, dia mengaji AL-QURAN selalu. Kadang-kadang je tak mengaji.
Lepas tu, dah tak mengaji dah. Tapi, baca YASSIN setiap malam Jumaat tak tinggal.
Mula mula, baca YASSIN tak tinggal.
Lepas tu, tak baca YASSIN lagi dah. Masa free pun tengok je TV lagi bagus.
Mula mula, solat tak tinggal. Kalau tinggal pun, dia QADA.
Lepas tu, dah tak QADA dah. Tinggal solat pun buat tak tahu je. Macam tak buat salah je. Padahal dengan ALLAH PENCIPTA DIRINYA
Mula-mula, solat Jumaat tak tinggal. Datang pun awal. Khutbah khusyuk je dengar.
Lepas tu, solat Jumaat masih tak tinggal .Cuma nya, khutbah tu skip la. Datang waktu solat je. Takpun datang on time, tengah masa khutbah tu termenung jauh fikir nak maen playstation, nak ber-facebook ber-twitter , nak makan kfc dgn awek la.
Mula mula, pakai baju tutup punggung.
Lepas tu, pakai baju singkat cket. Angkat je tangan dapat jugak free show kulit yang kuning langsat tu.
Mula mula, pakai tudung tutup dada.
Lepas tu, pakai tudung silang silang belit belit. Tak kisah da nampak ke. Janji lawa di mata orang. Mata orang dia kisah, mata TUHAN tak kisah
Mula mula, pakai suar jeans tak ketat.
Lepas tu, pakai jeans ketat aje. Kalau tak ketat, tak lawa. Nak pakai, HARAM. Nanti takde orang nak tengok..

Sepanjang dari mula-mula mengaji Al-quran tu sampai pakai jeans ketat tu, lagu omputih jadi pujaan. Sumbat telinga guna headfon dengan lagu yang sesat tu. Lagu yang intipati takde pasal laen, pasal kiss,pasal se*s. Ala, takpela. Dengar je pun. Setakat Ra Ra Ra , dewa dorang je pon. Apa ke de hal. Bukan aku sembah pun. Sebut je pun.

Lupa ke, kita pun sebut Lailahaillallah, Subhanallah, Allahuakhbar. Sebut (zikir) jugak kan. Ada maksud. Ada erti. Lagi bonus, dapat pahala. Ertinya , kalau sebut dan nyanyi melalak lalak Ra Ra Ra Ra tu, ada meaning la. Nape nak sebut jugak Ra Ra Ra tuhan/ dewa orang laen.

Sepanjang dengar tu, dia nyanyi sekali. Hafal pulak tu lirik dia. Kalau surah dalam Al-Quran, tergagap-gagap. Takpun, tahu Cuma yang basic je. 3 Qul tu. Takpun, memang tak tahu. Tak ke kata-kata yang kuar dari mulut itu (nyanyian tadi) boleh juga menjadi doa. Tak doa pun, boleh mempengaruhi minda. Sebab dah selalu sangat sebut.

Lepas tu, jadi pujaan la lagu dan artis omputih ni. Lagu dorang jadi ringtone, message tone. Poster bertempek melekat kat dinding bilik. Padahal dorang ni ada agenda, agenda di sebalik musuh ketat islam. Dan agenda tu berjaya nampaknya menjajah kita.

Sebab tu la, hati pun di selubungi selaput hitam, dah ada bintik hitam dah. Hati pun jadi gelap. Mana nak nampak lagi. Solat pun tidak. Mana nak memanjatkan doa. Inikan nak mengaji. Inikan nak solat sunat. Adapun solat sunat tu masa nak ujian final ke, masa nak ada benda besar ke. Yang tinggal hanya orang-orang sekeliling yang tak putus2 doa agar dia kembali ke pangkal jalan. Moga di beri hidayah oleh ALLAH. Kalau empunya badan tak berusaha, susah jugak.

Kalau di tegur, masuk telinga kanan, bukan keluar telinga kiri, tapi dia kuar telinga kanan balek. Pasal masuk pun setengah jalan. Dah ada benteng lagu omputih kat dalam telinga tu.

Kalau dengar radio or tengok tv ke, lagu nasyid ke ceramah agama ke ceramah solat Jumaat ke terus tukar channel. Tapi bila tengah tengah malam stay up, masa takut2 sorang2 tu, pandai pulak cari radio ngaji. Tak pun pasang mp3 Al-Quran. Simpan jugak. Tu bagus. Tapi ada sesetengah tu, bukan carik ALLAH, tapi dia carik benda laen. Tangkal ke, Bomoh ke. Tak ke dorang lagi power, jampi jampi je puh puh puh, sume menjadi, korang cakap je apa. Dari jauh bomoh dah tahu dah tujuan datang. Tapi still jugak bomoh tu tanya apa tujuan datang. Aik, tadi kata tahu.

Dulu, Al-Quran ada di samping tidur. Kat kepala katil ke. Kat tepi ke. Doa tidur + ayatul Kursi + 3 Qul tak miss baca. Tapi sekarang, handphone la pengganti kitab SUCI ALLAH YANG MAHA KUASA. Mesej Gudnyte Sweetdream Sleep Tight Muaahh I Miss You la pengganti Doa tidur + ayatul Kursi + 3 Qul. Ciptaan sapa? Ciptaan manusia yang kena gigit nyamuk pun merah tu la jadi pujaan. Padahal yang cipta manusia tu ALLAH.

KESIMPULAN  DAN CADANGAN:
Subjek utama dan subjek sampingan nampaknya hanyut. Perangai baik yang pernah jadi kawan rapat dahulu kini jadi teman seuniversiti. Kenal ke tidak pasal U ni kan besar. Kenal pun kenal muka je. nama je, tegur hye bye je. Ibarat camtu la dorang buat kat teman rapat nya masa dahulu iaitu AL-Quran, Solat fardhu 5 waktu, Solat Jumaat, pakaian tutup aurat. Ternyata, agenda barat Berjaya menakluk subjek-subjek kajian. Cadangan terhadap subjek adalah supaya kembali ke pangkal jalan sebelum jauh menyimpang dengan mendekati ALLAH. Kembali lah melakukan solat. Kembali lah mengaji kitab suci AL-Quran. Kembali lah mendengar ceramah agama. Kembali lah mendengar lagu nasyid. Kembali lah mendengar bacaan ayat-ayat Al-Quran.  Muhasabah diri. Tanya diri ‘apa betul jalan yang aku pilih ni’, ‘apa jalan yang aku pilih ni di rahmati dan di berkati ALLAH’,’apakah direstui’,  ‘apa jalan ni mampu menjanjikan dunia akhirat aku yang selamat’, ‘apa aku berjaya meniti titian siratulmustaqim nanti’, ‘apa aku Berjaya mendapat syafaat dari Rasullullah ketika di neraca al-mizan nanti’, ‘apa aku dapat minum air di telaga kautsar Rasulullah di padang masyhar nanti’. Di harapkan cadangan ini ditimbang tara untuk diperlakukan demi kesenangan subjek kelak. Amin~~

APPENDIKS: MACAM MANO NOK TULIS KAT SINI, BENDA APPENDIKS TU ADO DALAM BADAN NI HA..








1 comments:

Anonymous said...

haha mizah mun ktk ikut raja lawak, aku gerenti undi ktk haha..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...