18 April 2011

Korang rase?

As-salam >.< ~east~



Setelah lama menyepi....akhirnya daku kembali..ala, aku kembali ke tak, takde nya orang kesah pun kan kan..takpe..aku kisah..ada aku kisah korang tak kisah..hahahaha 

Pendekatan yang pelik untuk starting entry..ok Hamizah, calm down..tarik nafas..hembus..tarik, hembus..ok..i'm ready

Banyak benda yang berlaku sepanjang peninggalan aku dari blog ni. Aku pergi mengundi paling significant la,,haha..Yelah, 1st time katakan..Tapi, tu cerita lapuk suda..

Semalam, aku tengok la cerita "Maisara" kat Oasis ,astro channel 106. Memang membawa pengajaran..Bagus untuk tontonan sape2. Cerita dia memang ada kena mengena dengan apa aku nak kabo ke demo demo sekalian..


Dia pasal CEMBURU BUTA...biasala tu, cemburu sana, cemburu sini..cemburu ni sinonim dengan kaum hawa la kan..korang adam jangan lak hidung tinggi, korang pun ada cemburu kan..kadang2 lebih teruk dari kaum hawa..alamak, susah la nak taip dengan laju word cemburu tu, aku mintak kebenaran dan keizinan dari korang guna word jeles ye..

Cerita "maisara'' tu pasal suami isteri di mana isteri dia Maisara mempunyai sifat cemburu buta yang melampau . Sikap ini kemudiannya membawa padah kepada kehidupan rumah tangga nya dengan timbulnya tragedi tragedi yang berlaku seterusnya yang DASYAT!! 

Ok, untuk sinopsis cket la tragedi2 nya..Klimaks adalah, Maisara tuduh si suami ni berkawan dengan pelacur di khalayak ramai. Jadi, ini bikin malu dan aib pada si suami. Maka, malam itu si suami pun hilang dari rumah konon mencari ketenangan. Lalu berjumpa dengan pelacur yang merupakan kawan sekolahnya dahulu. Si pelacur tu pun ajak si lelaki ke rumahnya..Maka dihidangnya air arak, kemudian ke bilik lah jawabnya..Ya, itu semua kerja si pelacur. Lelaki tu tak sedar apa2. Dia minum setelah dipujuk berkali2 oleh si pelacur. 
P/S : Maisara memang dah berubah lepas kejadian malam tu. Si suami orang yang setia, religous 

Si suami rasa jijik kotor, berat dan malas pulak nak solat. Konon nak tebus atau kurangkan dosa yang telah dilakukan pada malam itu, si suami melamar si pelacur. Dan dia plan hendak kahwin dan menceraikan Maisara. Of coz Maisara tak nak kehilangan si suaminya yang hensem dan tercinta itu, maka dia pergi berjumpa bomoh yang di rekemen oleh kawannya. Maka terbomoh la suaminya. 

Hidup then macam biasa, sampai tika mereka plan nak pergi haji. Plan je la. Dorang dah dapat tempat la tapi blom fly lagi. Kawannya menasihatkan Maisara agar menyucikan diri sebelum ke tanah suci. Kawannya juga hairan akan perubahan suaminya yang drastik lalu bertanya dan Maisara pun menyesal dengan perbuatan membomoh suaminya. Tup tup, si suami dah terlantar kat katil hospital sakit. Rasanya dia kena AIDS sebab pelacur tu menghidap AIDS. Di sini, adegan maaf dan menyesal antara suami isteri berlaku. 
~~THE END~~

Uuuuiii! Panjang jugak sinopsis tu. Apa yang aku nak tekankan di sini selain pasal cemburu tu adalah, kejadian malam tu. Bukan malam pertama..haha..ok2..serius~~..Pokoknya disini bagi aku la kan, kalau korang dah berumah tangga tu janganla pergi ke rumah orang yang berlainan jantina even pada keadaan apa-apa pun.Lagi lagi sorang diri pergi. Tambah lagi, berlainan jantina. Eh, bukan2..dah kawen ke, bujang ke sama je. Jangan pergi rumah orang. Tak manis, tak elok..tak cukup lagi? Ni, bagi terkesan cket..Allah tak suka tau benda benda ni. ''Janganlah kau menghampiri zina''

Korang tengok, even si suami ni religous atau boleh la alim, sembahyang sume, sentiasa ingat nak pergi haji..tapi termasuk perangkap si pelacur tu..Ala, dah nama pelacur kan, memang dia expert bab bab pujuk pujuk orang. Kalau korang ingat, ''takpe,,pergi rumah je pon..korang dapat tahan, dapat kawal''..Please la..Masuk mulut buaya korang tu..

Pahtu bila kena hidang dengan air arak, terminum pasal tak tahu..Pahtu, taknak la kan..Tapi, dah depan mata ada buaya pujuk. Lalu, termakan hasutan si syaitan..teguklah air arak tu..Kata si pelacur " Ala, dah minum seteguk apa la beza dengan minum segelas..'' bagi aku la, ''BODOH! beza la! korang tengok cerite "Aku masih dara'', ada dia cakap sal minum seteguk air arak ni and so on..seteguk ke setitik..

Pasal arak pulak..''Arak adalah bapa segala kejahatan'' Ada tak korang dengar cerita ni..Berlaku zaman dahulu..zaman nabi-nabi. Orang ni baek dan alim. Termasuk perangkap ni. Kat sebuah rumah. Katanya, dia diberi pilihan kalau tak dia kena bunuh ke apa..dia kena pilih, minum arak, berzina, atau bunuh sorang budak kat rumah tu. Dia ni pun pikir la, kalau minum arak, dosa tak la teruk sangat..Kalau yang laen tu, teruk..Maka dia pun pilih la untuk minum arak. Pabila fikiran dah tak waras, maka dia pun berzina lalu membunuh budak itu. Tengok, daripada arak, maka dia membuat semua perbuatan itu. Ternyata lah ''Arak itu bapa segala kejahatan"

Ya, aku tahu. Ya, aku sedar. Arak ni dah jadi benda biasa dah. Dah jadi darah daging, teman sejati pun ada. Macam dah trend budak-budak zaman ni benda arak ni adalah macam air cola ke air sirap kot. Kan air air ni kita biasa minum. Macam tu la perihal nya dengan arak. Dah small da pieces lah. 

Sedih tau..Sangat sedih..Kenapa boleh jadi macam ni. Aku tak pandai lagi nak kata apa dah pasal masalah sosial zaman sekarang. Kata orang, dunia dah nak kiamat..Satu lagi, tau pun dah nak kiamat, tapi tak jugak nak bertaubat. Itu yang aku pelik nya..Ya Ya Ya Ya, aku tahu ..Susah..Susah.. Hey, mana ada benda senang kat dunia fana ni..Satu je aku nak cakap, HENDAK SERIBU DAYA TAK HENDAK SERIBU DALIH. Noktah. Zip mulut tu pada sapa2 nak bagi alasan tu alasan ni..

Tetiba aku bluur nak sambung apa..

Ok lah..Aku nak pesan..Jangan sesekali lupa, syaitan takkan pernah kenal erti putus asa..Ia memang sentiasa menghasut kita di mana jua apa jua keadaan sekali pun. Alim ke, Jahat ke, sedang je ke kita ni..Tak terlepas. 
SYAITAN NI NAK CARIK TEMAN / KONCO UNTUK BERADA DI NERAKA NANTI..

Kat neraka nanti syaitan ketawakan kepada manusia, "HAHAHA, SIAPA SURUH IKUT AKU"

P/S: Lebih kurang macam tu la untuk bagi pembaca faham dan sampai maksud nya..

Entry ni tajuk korang rase pasal aku tak tahu nak letak tajuk apa..korang rase apa yang sesuai?...hehe..
Nanti next entry insyaALLAH aku nak tulis pasal sibuknya anda..


2 comments:

mUm_tAz said...

emm,manusia..mmg la lemah... byk mena dugaan..

Mizah Merali said...

aok..sebab kita lemah la kita jangan pergi ke mulut perangkap..=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...