09 May 2011

Maharaja Lawak? nak retired dari dunia blogging?

As-salam >.< ~east~

Zasss, layan~~~



Halu halu, sudah begitu lama saya menyepi...Blog pun terabai. Apa nak jadi dengan saya ni..Adui~~~

Psttt, ada tengok Maharaja Lawak tak? Ala, tak kat TV pun search je kat Youtube. Minggu ni memang suka dengan JAMBU...adui..lawak abis lah....Ni link video dia kalau yang malas nak carik tu..



Amacam, lawak tak lawak? Adui, saya nak berterima kasih la dengan JAMBU ni, pasal dorang la next week punya tema jadi silent comedy..Ni lagi tak sabar nak tengok..cane la dorang nak buat tu..hehe..lagi lagi Amir I'm sorry...tertanya2 guano dia punye performance nanti..heh heh

Bila cakap sal silent comedy, teringat Mr Bean..Terer la Mr Bean, buat benda bodo je, talak suara kuar, kalau ada pun dia sebut ni je 'Bean'..hehe..tapi show ni memang mampu kasi gelak abis la sume generasi, dari anak2 kecil  ke nenek2..

Alamak~~~~ Lari topic

Sebenarnya kan korang, saya macam nak retired dari blogging nih..kesian gak dengan blog ni, terabai je~~

Blogger mana yang tak update dlm seminggu, ni dah berapa minggu dah..adui..rasa bersalah..nak kata nanti nak komitmen kan diri, tak berani jugak..tak janji..pasal sekarang ni tengah bisnes online..baru sebulan lebih bertapak..tak kukuh lagi..tu busy tu..

Sebelum tu, nak jugak promote la page bisnes online saya...Ni terjah ni..bagi sapa2 yang suka e-shopping korean,japan fashion, saya ada banyak koleksi baju, beg, jumpsuit, pant, skirt dan etc...


So, berbalek pasal nak retired, korang rasa camne? ke biar kasi blog ni hibernate dalam sebulan ke, focus dalam bisnes dulu ke, pahtu boleh la start blogging balek...huhu..I need support..

27 April 2011

Volvo S60 baru langgar hantu tak eh?

As-salam >.< ~east~


27 April, bersamaan hari ini tahun gajah , kereta volvo S6 T6 ni dirasmikan secara rasmi oleh Mayor bandar Kota kinabalu.

Apa yang menarik and kelainan nya kat kereta volvo ni hingga saya nak muatkan dalam blog ni?..

Ha ha ha..mestila ada..Kalau tak, takde nya saya nak buang masa taip menda segala ni..

Sebelum tu, sila lah tengok gambo gambo keto ni..layannzz...ni volvo s6 r-design la






Harga pasaran Malaysia hampir rm300 ribu la..tak tau nak cakap apa..haha..

20 April 2011

SAINTIS MUDA TAK BERTAULIAH SANGGUP BUAT KAJIAN HAMPIR DUA DEKAD!!!

Assalamualaikum wbt..





Saintis muda tu mestila saya. haha. Tak suspen btol..Siapa lagi kan. Dah nye tak bertauliah, lagi la kena dengan saya. Saya ni blaja je bidang  sains. Tapi blom lagi kerja sebagai saintis. hehe. insyaALLAH jika diizinkan ALLAH. Saya  dah buat kajian ni hampir dua dekad. Tahu tak berapa tahun tu? hampir 20 tahun. Hampir je pon. Bukan btol2 20tahun..Umur saya baru je 20+. hehe. Kiranya kajian ni saya buat sepanjang hidup saya la. Dari zaman saya kenal abc.

Nak tahu apa kajian nya? Kajian yang mampu dibuat oleh saya yang tak perlu modal adalah…jeng3x
Kajian terhadap tingkah laku manusia. Sorry lah. Tesis saya belum published lagi. Ni kira public conference saya. Media conference takde. hehe.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...