19 March 2011

Wahai wanita

As-salam >.< ~east~



Wahai wanita,
Jangan lah kau terlalu mengejar dunia,
Yakni dalam dunia fesyen dan dunia kecantikan kita,
Ya aku akui ''Ya.'', 
Aku juga seorang wanita,
Yang turut obses dengan dunia fesyen dan kecantikan kita.

Wahai wanita,
Janganlah kau alpa,
Akan tanggungjawab mu terhadap agama,
Yang meminta mu untuk menjaga,
Setiap batas dan aurat mu daripada mereka-mereka,
Kerana dirimu itu sesungguhnya amat berharga.

17 March 2011

Jom, Datang Jak Sarawak

As-salam >.< ~east~


Kepada anda yang di luar Kuching, Sarawak, ini lah dia tempat popular kitorang, Waterfront. Sape2 yang blom pernah datang sini, jemput2 la datang..jalan-jalan cuti-cuti Malaysia. Bagi duit kat Malaysia dengan melancong dalam negara. zJangan asyik nak bershopping je kalau melancong tu. Sekali sekala jadilah macam pelancong asing, dorang lebih suka nak tengok gaya hidup masyarakat setempat. Cuba tu, cuba ni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...