22 March 2011

Ceritera Tragedi Ikhlas Part 2

As-salam >.< ~east~



Ya, ini dia sambungan entri terdahulu..Part 2 punye, dan tak tahu lah ada part 3 ke tidak. Takpe, kita teruskan membaca..Opps, anda teruskan membaca, saya teruskan menulis.

Pasal ikhlas ni, memang susah jugak kita nak praktikkan. Sebab benda ni dah terbiasa, kadang2 benda tu akan terlintas di fikiran, terkeluar dari mulut, tertumpang lalu di hati kita..Dah kita manusia, memang tak perfecto, tapi tak salah kalau kita cuba jadi se-optimum yang boleh. Tak gitu? Kan..

Benda terbiasa yang saya maksudkan sini adalah..Common la bagi saya, tak tau la korang kan..Dari segi aspek pelajaran. Hampir kebanyakan kita, kalau cakap sal belajar, study, hampir kebanyakannya hanya belajar untuk exam. Anda setuju? Belajar sebab exam je, lepas exam dah lupa dah. Baru beberapa hari, kadang2 lebih terok baru je lepas exam beberapa jam, dah lupa. Pasal, niat study dia sebab exam. Maka ilmu pun masuk sebab exam. Bila dah habis exam, ilmu tu pun keluar.
P/s : Bagi kes yang masih ingat tu, special kes ya.

19 March 2011

Wahai wanita

As-salam >.< ~east~



Wahai wanita,
Jangan lah kau terlalu mengejar dunia,
Yakni dalam dunia fesyen dan dunia kecantikan kita,
Ya aku akui ''Ya.'', 
Aku juga seorang wanita,
Yang turut obses dengan dunia fesyen dan kecantikan kita.

Wahai wanita,
Janganlah kau alpa,
Akan tanggungjawab mu terhadap agama,
Yang meminta mu untuk menjaga,
Setiap batas dan aurat mu daripada mereka-mereka,
Kerana dirimu itu sesungguhnya amat berharga.

17 March 2011

Jom, Datang Jak Sarawak

As-salam >.< ~east~


Kepada anda yang di luar Kuching, Sarawak, ini lah dia tempat popular kitorang, Waterfront. Sape2 yang blom pernah datang sini, jemput2 la datang..jalan-jalan cuti-cuti Malaysia. Bagi duit kat Malaysia dengan melancong dalam negara. zJangan asyik nak bershopping je kalau melancong tu. Sekali sekala jadilah macam pelancong asing, dorang lebih suka nak tengok gaya hidup masyarakat setempat. Cuba tu, cuba ni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...